RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin sekali lagi membuat ‘onar’ apabila kali ini beliau melakukan upacara ritual di luar pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.
Dalam kejadian lewat petang semalam, Ibrahim melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca jampi sebelum beredar lima minit kemudian.
Menerusi rakaman, beliau bergerak ke kiri dan ke kanan bersama teropong azimat yang kemudian diselang selikan dengan bacaan doa secara duduk mencangkung.
Perbuatannya membuatkan para pengamal media yang berada di lokasi turut ‘ikut’ sama dengan gerakan Raja Bomoh itu.
Ibrahim yang baharu sahaja selesai ‘pasang pagar’ di pantai baru-baru mengatakan ritual kali ini adalah supaya mayat mendiang Kim Jong-nam dapat dipulangkan ke Korea Utara.
Terdahulu, rakaman video berdurasi tiga minit 18 saat menunjukkan Ibrahim sedang melakukan upacara ritual di kawasan pantai, kononnya untuk melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara menjadi tular di media sosial. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments