Tuesday 14 March 2017

Tengkorak Manusia Berusia 400,000 Tahun Ditemui


LISBON – Pasukan arkeologi antarabangsa menemui fosil manusia purba tertua berusia hampir 400,000 tahun di Portugal, lapor agensi berita rasmi Portugal, Lusa pada Isnin.

Menurut agensi berita China Xinhua, pasukan arkeologi diketuai Joao Zilhao menemui tengkorak kepala manusia purba di sebuah gua di Aroeira, Torres Novas di tengah Portugal.

Hasil penemuan mereka kemudian didedahkan kepada umum menerusi buletin berkala terbitan Akademi Sains Negara Amerika Syarikat.

“Ia merupakan fosil manusia purba tertua ditemui di wilayah Portugal dan antara yang tertua di benua Eropah,” kata Joao Zilhao.

Fosil manusia belum pernah lagi ditemui dalam tempoh ‘Pleistocene (Ice Age)’ yang merangkumi tempoh 2.5 juta tahun kepada 11,500 tahun dahulu di beberapa bahagian di barat Eropah. – BERNAMA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments