Friday, 17 March 2017

Rumah bau wangi, sejuk sahaja sejak arwah pergi


SERI KEMBANGAN - "Rumah bau wangi, sejuk sahaja sejak arwah pergi," demikian ujar ibu kepada jurukamera Bernama TV yang terbunuh di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor, enam tahun lalu.

Menurut Naemah Abdul Majid, 68, selepas pemergian anaknya itu, keluarganya sering terhidu bau wangi di dalam rumah.

"Rumah ini sentiasa bau wangi. Wangi yang macam mana, saya tak tahu nak jelaskan.. Sejak arwah pergi kira-kira enam tahun lepas, saya rasa tenang dan sejuk saja.

"Baju-baju arwah pun masih ada dan terjaga, baunya pun masih lagi wangi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Noramfaizul Mohd Nor yang merupakan jurukamera Bernama TV, maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011.

Beliau adalah jurukamera Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.

Menurut Naemah lagi, dia masih menyimpan sampul duit belanja yang ditinggalkan oleh arwah kepadanya.

"Noramfaizul ada tinggalkan sampul surat berisi duit belanja kepada kami seluruh keluarga sebelum ke Somalia.

"Duit dalam sampul surat itu masih saya simpan. Saya sayang nak guna duit tersebut," katanya lagi. - Sinar Harian

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments