Tuesday, 4 April 2017

Video: Rancangan ‘Ok Chope’ Sindir Perdana Menteri?


RANCANGAN bual bicara komedi, ‘Ok Chope’ terbitan Mediacorp Singapura baru-baru ini mengundang kritikan ramai gara-gara menyiarkan adegan bersifat sindir dan hina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Program yang disiarkan setiap malam Rabu menerusi saluran Channel 5 itu menampilkan lima selebriti Singapura iaitu Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani and Sam See sebagai peserta dengan menjadi ahli panel.

Baru-baru ini, rancangan mingguan itu mencetuskan kontroversi apabila hos program tersebut, Vernetta Lopez cuba menjadikan Najib sebagai bahan perbualan jenaka mereka dengan pelbagai jawapan kurang ajar.

Menerusi petikan rakaman selama berdurasi 1 minit 39 saat yang menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan, mereka perlu meneka sebaik mungkin jawapan yang ditandakan sebagai ‘tempat kosong’.

Wanita itu kemudian memberikan satu soalan berbunyi: “Najib slams ____ for threatening Malaysia’s progress” atau dalam bahasa Melayu “Najib membidas ____ kerana mengancam perkembangan negara.”


Selebriti-selebriti ini kemudiannya menjawab dengan pelbagai jawapan lucu yang seterusnya berbentuk sindiran bagi memerli Perdana Menteri kononnya membidas isu yang dibangkitkan.

“Najib slams… kissing Malaysian officers (Najib bidas…individu cium penguat kuasa wanita),” kata pelawak Sam See.

Jawapan berkenaan merujuk kepada seorang penganggur yang dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun lalu.

Ia kemudian diteruskan pula dengan jawapan versi rap daripada Najip yang merupakan seorang pengacara sensasi kelahiran Singapura.

“Najip with the ‘P’ slams Najib with the ‘B’ (Najip huruf ‘P’ bidas Najib huruf ‘B’),” seloroh pengacara itu yang juga merupakan seorang juri tetap dalam program Maharaja Lawak Mega 2016.

“The truth is, Najib slams himself for threatening Malaysia progress (Najib bidas dirinya sendiri kerana mengancam kemajuan negara),” kata Rishi yang seterusnya membuatkan penonton dalam rancangan itu tertawa.

“Najib Slams the news for threatening Malaysia’s progress (Najib bidas berita tertentu kerana mengancam kemajuan negara),” kata pengacara radio, Mike Kassem.

Jawapan daripada Mike itu terus diajuk oleh Sam dengan mengatakan;

“The most dangerous thing, Beauty And The Beast for threatening Malaysia’s progress (Paling bahaya, Beauty And The Beast kerana mengacam pembangunan negara),” kata pelawak itu.

Sindiran itu mungkin berpunca dari tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang baru-baru ini mengharamkan beberapa babak pro-LGBT dalam filem Beauty and the Beast.

Bagaimanapun, LPF akhirnya menarik semula pengharaman beberapa babak adengan sensitif itu dan kandungan penuh filem disiarkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

“Najib slams the bomoh’s head with his own coconut for threatening Malaysia’s progress (Najib ketuk kepala bomoh dengan buah kelapanya kerana mengancam perkembangan negara,” kata Rishi pula.

Setelah kesemua selebiriti cuba melakukan tekaan, akhirnya Vernetta memberikan jawapan kepada soalan kuiz itu namun ia sekali lagi mendapat respon daripada Sam.

“Once again the Saudis giving him a money what a suprise (Sekali lagi, Orang Arab memberi dia wang berkenaan, sangat mengejutkan),” sindir Sam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments