Tuesday 25 April 2017

Monyet Diusir Kerana Ketagih Dadah


Kuwait City: Pihak berkuasa Pertanian dan Perikanan negara ini mengusir seekor monyet yang didakwa ketagih dadah ke negara asalnya, Indonesia, selepas ia menerima rawatan dan menjalani pemulihan selama setahun. 

Monyet berkenaan dirampas pihak berkuasa itu tahun lalu selepas pemiliknya ditangkap.

Menurut pihak berkuasa, pemilik itu bertanggungjawab menyebabkan monyet berkenaan ketagih dadah.

Ada penduduk Kuwait yang mengulas laporan itu menulis: “Aneh. Mereka menjaga monyet itu sedangkan ramai orang yang memerlukan bantuan untuk rawatan di luar negara tetapi dipinggirkan. Monyet itu mendapat tumpuan dan layanan yang terlalu banyak.” 

Ada pula yang menulis: “Jika begini layanan yang diberikan kepada monyet itu, bagaimana pula dengan tuannya?” – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments