Monday 24 April 2017

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Tertidur Dalam Van


RAWANG – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri setelah terperangkap dalam sebuah van di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini, Jumaat lalu.

Mangsa, Muhammad Iqram Danish Abdullah dipercayai terperangkap lebih tiga jam dan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Mohd. Marzuki Mohd. Mokhtar berkata, mangsa menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) kira-kira 2.30 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu van berusia 21 tahun tidak sedar kanak-kanak itu yang tidur di dalam van berkenaan.


“Perkara itu disedarinya kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika.

“Sebaik pemandu van me­nemukan mangsa dalam keada­an tidak sedarkan diri, Muhammad Iqram Danish telah dihantar ke klinik berhampiran sebelum menerima rawatan kecemasan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mohd. Marzuki memaklumkan, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat serangan strok haba namun siasatan akan dijalankan jika terdapat unsur-unsur ke­cuaian dalam kes tersebut.

“Keterangan telah diambil daripada pemandu van berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelas beliau. - MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments