Saturday 22 April 2017

'lampu isyarat masih berwarna hijau di lorong saya..'


NILAI, NEGERI SEMBILAN - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita merempuh sebuah kereta dari arah kanan.

Dalam kejadian jam 8 pagi, Khamis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Giant Nilai itu, pemandu wanita, 31, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Salak Tinggi mendakwa keretanya dilanggar kereta Proton Juara dari arah kanan.

Bagaimanapun pmandu Proton Juara, Zulizeb Shah Sharin atau Zeb, menafikan laporan polis pemandu Axia itu dan menegaskan bahawa ketika kejadian itu dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke tempat berniaga nasi lemak, lampu isyarat di lorongnya masih berwarna hijau.


"Saya tak melanggar lampu merah. Masa itu lampu isyarat sedang hijau semasa saya teruskan perjalanan. 

"Mustahil lampu isyarat di lorong wanita itu berwarna kuning ketika itu. Sedangkan sebelum saya sampai di persimpangan lampu isyarat, ada dua buah lagi kereta yang sedang meneruskan perjalanan. Kemudian kereta saya dan seterusnya lori di belakang saya pun nampak lampu hijau ketika itu," katanya ketika dihubungi The Reporter.

Zeb hanya mengalami kecederaan ringan, manakala anak lelakinya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan, isterinya hampir terputus lidah, selain cedera di tangan.


"Lidah isteri sudah dijahit dan jam 7 petang nanti, tangannya juga akan dijahit. Anak cedera teruk di tangannya dan juga belakang badan. 

"Kalau boleh, saya tak nak kes ini habis begitu saja. Sekarang saya sudah kehilangan kenderaan untuk mencari rezeki. Isteri saya dah tak boleh kerja kuat lagi selepas kemalangan. Rambut dia pun mula gugur, mungkin sebab terperanjat selepas kejadian itu," katanya.

Difahamkan, pemandu Axia berkenaan telah menghubungi Zeb dan mengakui kesalahannya dan mahu bertanggungjawab di atas kejadian itu. - The Reporter

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments