Sunday 23 April 2017

Pukul, Bogel Kerana Rahsiakan Perkahwinan


SEKUMPULAN penduduk kampung Banswara di wilayah selatan Rajasthan, India bertindak membogelkan sepasang kekasih selepas pasangan itu didakwa berkahwin secara rahsia.

Insiden yang memalukan itu berlaku apabila pasangan itu dikatakan berkahwin tanpa persetujuan keluarga masing-masing.

Akibatnya, mereka dibogel dan dipukul di khalayak ramai kerana berang dengan tindakan mereka itu yang dianggap memalukan.

Menurut sumber, pasangan itu Kachru, 21 dan Monica, 19 telah menjalinkan hubungan cinta secara rahsia selama dua tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan di Gujarat.

Bagaimanapun perkara itu diketahui keluarga wanita terbabit yang memaksa pasangan itu untuk pulang semula ke kampung berkenaan. - mStar

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments