Tuesday 25 April 2017

Mayat sami hilang ketika hendak dibakar


Sakhon Nakhon: Upacara membakar mayat seorang sami tetap dilakukan semalam walaupun yang dibakar dalam majlis itu hanya keranda tanpa mayatnya. 

Sami di Kuil Sirimongkol di daerah Phang Kon, pengikut dan anggota keluarga sami berkenaan, Phra Khru Sophon Thammaphiwat mengadakan upacara itu kerana tidak mahu menunggu sehingga mayatnya ditemui.

Acara itu diadakan seperti upacara pembakaran mayat lain, tetapi dalam kes kelmarin, tidak ada mayat di dalam keranda itu, kecuali barangan milik peribadi sami itu.

Phra Khru Sophon yang dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama Luang Ta Mahayong mati akibat sakit pada usia 79 tahun pada 27 Januari lalu. Dia amat dihormati dan menjadi ketua sami daerah berkenaan. 

Mayatnya disimpan dalam peti beku di kuil itu sejak dia mati. Bagaimanapun, apabila sami dan pengikutnya hendak memindahkannya ke tempat pembakaran Rabu lalu, mereka dapati keranda itu kosong. 

Sementara itu, polis percaya ada pihak yang mencuri mayat itu kerana dendam. Pengikutnya bagaimanapun yakin mayat itu hilang kerana sami berkenaan mempunyai kuasa magis. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments