Sunday 30 April 2017

Pelajar Cantik Dinobatkan Miliki Rumah Paling Kotor


MUKA lawa tapi malangnya pengotor Inilah Brittani Cooper, pelajar berusia 19 tahun yang dinobatkan sebagai pelajar terkotor di United Kingdom (UK). Dengan gelaran berkenaan, Brittani memperoleh wang tunai sebanyak RM2,800.

Ia dianjurkan oleh sebuah laman web iaitu web-blinds.com dengan penyertaan adalah bagi pelajar universiti yang menyewa rumah.

Dengan kemenangan itu, Brittani patut berterima kasih kepada bapanya kerana lelaki itulah yang menyarankan supaya Brittani menyertainya.




Brittani mendiami rumah sewa berkenaan bersama beberapa pelajar lain dan dia telah merakamkan gambar kekotoran yang menjijikkan di rumah sewa tersebut, sekali gus melayakkannya memenangi wang tunai berkenaan.

Kesemua mereka merupakan pelajar di University Of The West.

“Ayah saya kata dia mahu berkongsi wang kemenangan itu 50/50 dengan saya tapi ia tidak akan berlaku.

“Saya berhasrat untuk memastikan rumah saya nanti bersih,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments