Sunday 23 April 2017

Lelaki Ditahan Memandu Dalam Keadaan Berbogel


SEORANG pengurus syarikat produksi yang bekerja dengan BBC dan Sky Sports ditahan polis kerana memandu dalam keadaan berbogel.

Steven Barclay, 38, dari London dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau keluar dari keretanya tanpa berpakaian untuk membuang air kecil di kawasan perindustrian.

Menurut The Sun, dua wanita melalui kawasan tersebut ketika itu tetapi tidak menyedari kehadiran Barclay.

Barclay kemudiannya kembali ke kereta dan meneruskan perjalanan.

Polis menjejaki nombor pendaftaran kereta sebelum menahannya.

Peguam Barclay berkata, anak guamnya memutuskan untuk berbogel semasa memandu kerana mahu merasakan udara sejuk pada kulitnya.

Pendakwa, Caroline Mungal memberitahu Mahkamah Majistret Wimbledon: “Kamera menunjukkan sebuah kereta Alfa Romeo dan defendan keluar dari kereta dalam keadaan berbogel.

Barclay mendakwa beliau dalam keadaan tertekan dan mengalami ‘klaustrofobia’ ketika kejadian.

Majistret kemudian mengenakan pelepasan bersyarat dan penalti £105 (RM591.85) kerana mencabul kesopanan awam. – Mail Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments