Wednesday 26 April 2017

Mengaku Islam, Bella Hadid Teruja Mahu Lawat Palestin


DIBESARKAN di Amerika Syarikat, Bella Hadid yang bercampuran Palestin di sebelah bapanya, Mohamed Hadid, memasang hasrat untuk melawat negara berkonflik itu satu hari nanti.

Memetik laporan portal Arab News, Bella, 20, yang mengakui bangga menjadi seorang Muslim, tidak dapat menggambarkan perasaan terujanya sekiranya berpeluang menjejakkan kaki ke negara itu.

Model pakaian dalam Victoria Secret itu turut mengatakan bahawa tiada perkara lain yang lebih mengujakan dirinya selain dapat melawat Palestin.


“Saya mahu ke sana lebih daripada apa sahaja di dunia ini,” katanya semasa membuat penampilan menerusi ET BelArabia di saluran MBC.

Terdahulu, adik kepada supermodel Gigi Hadid itu pernah mendedahkan bahawa bapa mereka merupakan seorang yang taat pada agama dan sering sembahyang bersama-sama anak-anaknya.

Bapanya dilahirkan di Palestin dan membesar di Syria dan Lebanon, sebelum menetap di Amerika Syarikat semasa berusia 14 tahun.

Semoga pintu hati Bella terbuka untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim sejati sekembalinya daripada Palestin nanti! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments