Wednesday 26 April 2017

'Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya..'


Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membuat laporan polis petang semalam terhadap pemilik akaun Facebook 'Otai BERSIH' yang mengeluarkan kenyataan palsu dan bersifat jelik terhadap beliau.

Pejabat Azalina dalam satu kenyataan berkata, laporan berkenaan dibuat Setiausaha Sulit Kanan beliau, Chyairreil Annwar Akmal di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira 6 petang semalam.

"Satu laporan polis sudah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook 'Otai BERSIH' petang semalam susulan daripada kenyataan yang dimuat naik memaparkan gambar Datuk Seri Azalina Othman Said,beserta kapsyen 'Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya..'.

"Laporan ini dibuat bagi tujuan keselamatan Yang Berhormat Menteri, sekali gus menafikan kandungan kenyataan berkenaan, malah kandungannya adalah palsu dan bersifat jelik,"katanya.

Selain itu, katanya, laporan turut dibuat di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pagi tadi.

"Laporan ini bertujuan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap

individu atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah guna media sosial,"katanya. - myMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments