GEORGE TOWN – Aksi dua peragut cuba ambil kesempatan terhadap seorang lelaki berbasikal dalam kejadian di hadapan Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor berjaya dirakam seorang pemandu.
Dalam insiden pukul 2.14 petang Isnin itu, mangsa yang dipercayai merupakan seorang lelaki warga asing dilihat cuba mempertahankan dirinya sebelum diserang oleh kedua-dua penjenayah berkenaan.
Tidak dapat dipastikan sama ada si penjenayah sempat meragut atau sebaliknya. Namun, tindakan pemandu ini yang menghentikan kenderaan membuatkan dua penjenayah itu segera melarikan diri.
Ia kemudian cuba dikejar olehnya namun dua peragut berkenaan ‘cilok’ ke laluan yang sukar untuk diekorinya.
Bayangkan, mangsa yang mungkin berkerja secara kais pagi makan pagi ini pun terpaksa pula menyerahkan duit yang tidak seberapa kepada kedua penyangak pemalas itu.
Rata-rata netizen yang melihat rakaman turut melampiaskan rasa marah dengan sikap anak muda yang bukan sahaja pemalas, malah menyusahkan orang lain.
“Jenis macam ini biar kena tangkap dengan orang awam, baru ada akal. kerja tak mahu, menyusahkan orang sahaja!” kata Alip Fong.
“Kalau aku langgaq biaq tertomoih pastu baru kira lain… jenis ni tak boleh biaq tengok muka macam orang asing..tapi tak taula kot mat pit ka..memang menyusahkan orang…kamjat betui,” tulis Anwar Vai. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments