Blitar: Seorang remaja Fitriatul Jannah (19), yang ditemukan maut dengan leher disembelih dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri bernama Fajar 21 tahun pada 28/03/2017.
Suspek berjaya ditahan pada 30/03/2017 kelmarin kira-kira jam 12 tengah hari.
Hasil siasatan yang di ungkapkan oleh kepolisian Blitar, pembunuhan tersebut dilakukan secara tidak sengaja oleh suspek kerana panik selepas mangsa meminta suspek bertanggungjawb terhadap kandungan mangsa yang sudah berusia 6 bulan.
Pada awalnya suspek mengajak mangsa untuk jalan-jalan ke daerah kali baba (tempat penemuan mayat mangsa) setelah berbincang seketika, mangsa meminta supaya suspek bertanggungjawb terhadap kandungannya.
Suspek yang panik terus membekap mangsa dari belakang dan mengelar leher mangsa menggunakan plat motor yang dia temukan di lokasi kejadian.
Untuk menghilangkan jejak, suspek membuang mayat mangsa ke sungai dan meninggalkannya.
Bagaimanapun suspek berkata dia tidak berniat untuk membunuh mangsa, kerana mangsa menjerit ia panik dan takut.
Selain itu menurut suspek hubungan cinta mereka belum pun berumur 6 bulan.
“dia meminta pertanggung jawapan untuk dinikahi, saya tidak mahu kerana hubungan kami belum sampai enam bulan, kemudian dia menjerit” kata fajar.
Dalam kes ini pihak polis masih lagi mendalami kes dan fajar dijerat dengan pasal 338 KUHP dengan ancaman 15 tahun penjara. - eBerita
No comments:
Write comments