Berang di tuduh mandul, seorang lelaki berusia 30 tahun sanggup memperkosa adik iparnya sendiri hingga mengandung 4 bulan sekaligus membuktikan dakwaan isteri terhadapnya tidak benar.
Perbuatan biadap itu dipercayai dilakukan suspek sejak oktober 2016 lalu, mangsa yang berusia 15 tahun itu di nodai setiap kali ada kesempatan.
Terbongkar kejadian tersebut selepas kakak mangsa membawa adiknya itu ke klinik kerana mengadu sakit perut, setelah di siasat dan di pujuk akhirnya mangsa mengaku kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis di sini pagi tadi.
Bagaimanapun suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berjaya di tahan oleh polis jelang tengah hari tadi atas makluman ahli keluarga.
Menurut cerita mangsa, beliau diugut akan dibunuh jika kemahuan suspek tidak dipenuhi. Selain dari dipaksa melakukan hubungan luar tabii mereka juga sudah melakukan hubungan intim sebanyak lapan kali, kesemua itu tanpa kerelaan mangsa.
Sementara hasil siasatan awal terhadap suspek mendapati motif kejadian akibat geram dengan sikap isteri yang selalu menuding keatasnya punca mereka tidak memiliki zuriat, sejurus itu pihak keluarga memohon agar pihak media tidak menghebohkan kejadian berkenan. - eBerita
No comments:
Write comments