“RILEKSLAH, April Fool je pun, takkan tak boleh nak bergurau kot.”
Ini mungkin reaksi orang ramai yang begitu teruja ketika menyambut April Fool dengan niat untuk bergurau.
Namun, sebaliknya apa yang dilakukan seorang pengguna laman mikro Twitter ini bukanlah bersifat gurauan tetapi suatu penganiayaan semata-mata.
“Baru lepas buat pesanan McDonald’s dan letak alamat entah di mana..april fool!,” tulis @apexmeggi.
Twit itu disertakan sekali dengan gambar maklumat pesanan yang dibuat pada tarikh 1 April baru-baru ini.
Menerusi gambar, pesanan yang dibuat itu sedang di dalam proses penghantaran namun persoalannya kepada siapa pesanan itu akan diserahkan dan siapa pula yang akan membayarnya?
Serta apa pula nasib individu penghantar makanan (Mcdonald’s) yang terpaksa menanggung rugi jumlah pesanan palsu itu?
Twit berkenaan mengundang kemarahan netizen yang rata-rata kasihankan nasib penghantar makanan terbabit serta berharap agar pelaku berkenaan menerima balasan atas perlakuannya menganiaya dan menyusahkan orang lain.
“Just nak cakap what you give, you get back. Bodo tu simpan sikit untuk waktu tua ya,” tulis Ros Qilah.
“Tak berhati perut betul lah buat orang macam ni, ingat tak penat ke budak tu bawa moto?” kata Mohammad Azrai Ali.
“Tak kelakar weh! Kau cuba kerja kat Mekdi, betapa kurang ajarnya benda yang kau buat ni!,” tegur Hanie Azlan.
Boleh hendak bergurau tetapi tidak perlu rasanya sehingga terlalu melampau sampai menganiaya dan menyusahkan orang lain. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments