Sunday 19 March 2017

Pencuri Cemari Masjid, Curi Beg Tangan Jemaah


SEKARANG ni penjenayah dah makin berani melakukan kerja terkutuk, sampaikan kat tempat orang beribadat pun hati mereka hitam juga nak buat perkara jahat.

Satu video berdurasi kurang satu minit yang dikongsikan di laman mikro Twitter My Watch ini memperlihatkan seorang pencuri yang pada mulanya memerhatikan keadaan sekeliling masjid sebelum melakukan kerja kotor itu.

Selepas yakin ‘line clear’ ketika semua jemaah sedang dalam keadaan bersujud, pencuri apa lagi dengan sepantas kilat pergi ke arah jemaah wanita dan mencuri sebuah beg tangan berwarna oren.

Dalam status yang dikongsikan My Watch, kejadian tersebut berlaku ketika jemaah sedang solat Isyak di Masjid An Nur, Guar Perahu, Kubang Semang, Penang.

Sekarang kat mana-mana pun dah tak selamat, apa yang boleh kita buat adalah sentiasa berwaspada di mana sahaja kita berada agar kejadian sebegini tidak berlaku di masa hadapan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments