Sunday, 19 March 2017

10 tahun tidak disentuh, isteri nekad potong zakar suami


GHAZIABAD: Seorang isteri, Rita Yadaz sanggup memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

Tindakan nekadnya itu diambil atas alasan, niatnya untuk memiliki anak ditolak oleh suaminya, Ved Prakash.

Pasangan suami isteri di Ghaziabad, India itu sudah berkahwin lebih 10 tahun, tetapi kerap bertengkar kerana si suami enggan menjamah isterinya bagi mendapatkan zuriat.

“Kami bertengkar setiap hari dan dia pernah berkata benci melihat wajah saya. Padahal, saya begitu ingin memiliki anak,” kata Rita, 28.

“Saya selalu merayu kepadanya, bahkan dia kata hanya mahu mengadakan hubungan seks dengan orang lain,” ujar si isteri lagi seperti dilaporkan The Sun, minggu lepas.

“Saya menahan penderitaan tersebut bertahun-tahun. Saya sudah tak tahan lagi,” kata Rita sehingga dia nekad memotong kemaluan suaminya.

Lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi itu pulang pada satu hari, ketika si isteri menunggunya dengan batu asahan.

Rita memukul kepala suaminya dengan batu tersebut sehingga pengsan lalu dia memulakan aksinya memotong kemaluan Ved.

Rita mengunci suaminya di bilik mandi dan dia menyerah diri kepada polis.

“Kemaluannya hampir putus dan dia kehilangan banyak darah,” kata kenyataan dari hospital yang merawat Ved.

Pihak hospital juga memberitahu, kemaluan Ved sudah berjaya disambung semula, namun tidak diketahui adakah ia mampu berfungsi dengan normal.

Rita ditahan polis dan menunggu proses pengadilan atas dakwaan mencederakan orang dengan senjata berbahaya. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments