Friday 27 October 2017

Zakar Membesar 5 Kilogram Akibat Digigit Nyamuk


NAIROBI – Ketika ramai lelaki mahu memiliki batang zakar besar, lain pula kisah seorang pemuda di Kenya apabila terpaksa jalani pembedahan kerana zakarnya bengkak hingga lima kilogram.

Mangsa kini berusia 20 tahun yang bernama Horace Owiti Opiyo atau mesra disapa sebagai Forence ini tidak dapat mengenakan pakaian normal seperti kawan-kawannya lain selepas menemui benjolan di kemaluan pada 2006.

Seterusnya pada 2007, dia menjalani pembedahan tetapi benjol tersebut muncul kembali sehingga membuatkan buah zakarnya kembali membengkak dengan lebih teruk, menurut laporan media di negara Afrika itu.

Hasil kajian sekumpulan doktor akhirnya mengenal pasti keadaan yang dialami Forence ini berlaku akibat gigitan nyamuk yang kemudian membawa larva ke dalam aliran darahnya. Ulat halus itu tumbuh menjadi parasit.

Ia selepas itu tumbuh subur menutup sistem aliran darah sehingga menyebabkan pembengkakan. Situasi pelik ini menyebabkan pemuda berasal dari kota Kibigori itu mengalami rasa kesakitan yang agak luar biasa.

Bahkan keadaan tersebut membuatkan dirinya tidak dapat menjalani kehidupan normal. Malangnya, masalah ekonomi pula mengakibatkan Forence tidak dapat membayar kos pembedahan di sebuah hospital tempatan.

Justeru dia cuba kepada perubatan secara herba tetapi ia juga belum berhasil. Forence menerusi catatan dalam akaun Facebooknya menulis: “Pada awalnya benjolan itu amat kecil, seperti bisul sebelum tumbuh besar.

“Saiznya menjadi seumpama kepalan tangan saya dan terus bertambah besar.” Akibat masalah ini, Forence terpaksa berhenti sekolah kerana batang zakarnya terus membengkak membuatkan dia tidak mampu mengenakan pakaian.

Bukan itu sahaja, Forence gagal berjalan kerana menanggung berat kemaluannya. Dia juga menjadi bahan jenaka rakannya. Pemuda ini tinggal bersama saudaranya, Eliza dan neneknya, Salina selepas ibu bapanya meninggal.

“Saya katakan kepada nenek jika saya dijangkiti penyakit tetapi saya tidak tahu penyakit apakah yang menyerang saya. Ini mungkin satu sumpahan, saya tahu ini bukan pekerjaan Tuhan, tetapi syaitan,” tambah dia lagi.

Sebagai usaha untuk menolong pemuda ini, jiran tetangganya, Duncan Otieno mengambil foto Forence dan memuat naik kisah sedihnya menerusi laman sosial Facebook sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.

Berita ini sampai kepada isteri Gabenor Kisumu, Olivia Ranguma. Wanita tersebut kemudian meminta bantuan seorang doktor untuk memeriksa keadaan Forence dan membawa pemuda itu ke sebuah hospital pakar.

Kemudian sepasukan doktor di Hospital Jaramogiginga Odinga memeriksa Forence dan menyatakan dia mengalami situasi penyakit apa lazim disebut dengan kelainan Scrotal elephantiasis. dan memerlukan dua kali pembedahan.

Ia perlu untuk menormalkan kembali ukuran testikelnya dan memperbaiki bentuk penisnya agar dapat berfungsi. Pendek cerita, dua pembedahan itu berjalan lancar dan kehidupan pemuda tersebut kini sudah jauh lebih baik.

Kini, dengan situasi yang sudah pulih, Forence bercita-cita dapat memiliki keluarga pada satu hari nanti. Katanya: “Saat saya bangun tidur, saya terkejut kerana tubuh saya terasa amat ringan. Semua beban berat itu telah hilang.”

“Saya kini dapat berenang, sebelumnya saya tidak mungkin mampu berenang kerana benjolan itu begitu berat. Kini saya dapat berlari dan bermain bola sepak. Kini saya bebas!” kata Forence. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments