Tuesday 24 October 2017

Matador Nyaris Maut Ditanduk Lembu Jantan


SEORANG matador atau penjinak lembu nyaris maut selepas ditanduk di bahagian leher oleh lembu jantan dalam gelanggang namun menakjubkan apabila dia mampu bangun dan kembali ke gelanggang untuk membunuh binatang terbabit.

Arturo Macias, 35, hampir maut selepas ditanduk lembu ketika memasuki gelanggang di Plaza de Toros Monumental de Aguascalientes in San Marco, Mexico. Acara itu diadakan untuk mengutip derma bagi mangsa gempa bumi.

Selepas ditanduk, dia dirawat oleh doktor dan dinasihatkan supaya tidak kembali ke gelanggang kerana perbuatan itu hanya memberikan risiko kepadanya.

Namun Macias tidak mempedulikan nasihat itu lalu masuk ke gelanggang dan bejaya membunuh lembu terbabit. Macias berbuat demikian dengan meneruskan acara itu kerana tidak mahu menghampakan mangsa gemba bumi yang melanda Mexico baru-baru ini.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya.

Pakar bedah telah mendapati udara memasuki dada dan lehernya akibat luka yang terbuka selepas ditanduk oleh lembu jantan itu.

Dia kini dirawat di unit rawatan rapi. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments