Thursday 26 October 2017

Bapa Jadikan Anak Hamba Seks Sampai Dapat 8 Anak


GILA…seorang lelaki di Argentina telah didakwa di mahkamah kerana menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks selama 20 tahun hingga melahirkan lapan anak.

Domingo Bulacio, 56, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu selama lebih dua dekad. Ujian DNA yang dijalankan mengesahkan bahawa lapan anak yang dilahirkan itu adalah hasil benihnya.

Bulacio ditangkap selepas mangsa membawa anak bongsunya ke hospital dan selepas doktor bertanyakan mengenai bapa kanak-kanak itu, barulah terbongkar cerita sebenar yang menimpanya.

Selepas tersebar berita mengenai kes itu, Bulacio melarikan diri selama 45 hari sebelum berjaya ditangkap oleh polis.

Menurut laporan media, mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya, yang didakwa telah didera oleh Bulacio. Enam daripada anaknya dimasukkan ke sekolah berasrama di Santiago del Estero.

Setakat ini nama mangsa tidak didedahkan namun kes itu akan mula dibicarakan pada minggu depan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments