Wednesday 25 October 2017

Cari Pasal… Pencuri Ditampar, Ditendang Pondan


RAKAMAN video memaparkan seorang pencuri lelaki teruk ‘dikerjakan’ oleh seorang pondan menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku di Sabah itu, suspek yang dipercayai berusia lingkungan 20-an dikatakan memecah masuk ke rumah mangsa sebelum mengambil telefon bimbitnya.

Nasib malang kemudian menimpa pencuri terbabit apabila dia dicekup oleh mangsa dan penduduk di kawasan itu.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 30 saat, suspek dilihat merayu kepada mangsa dan juga kepada penduduk namun perkara itu seakan tidak dihiraukan, membuatkan dia dipukul oleh pondan berkenaan hingga berlumuran darah.


“Kenapa kau lari? Binatang kau, kau kasi keluar telefon aku, kau kasi keluar!” ujar pondan berkenaan yang kemudian disusuli tendangan ke arah suspek.

Tidak beberapa lama, tampil seorang lelaki berbadan sasa meminta pencuri itu menyerahkan telefon bimbit mangsa sambil memberikan amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Jangan mencuri di kawasan sini lagi ya, lari lah kau laju-laju,” katanya.

Ibarat mendapat peluang kedua, sebelum beredar pencuri tersebut menangis teresak-esak sambil mengucapkan terima kasih kerana dibenarkan bebas.

Menariknya, netizen memuji sikap orang awam yang seakan bertimbang rasa apabila berdepan dengan pencuri. Tidak ada seorang pun yang memukul pencuri terbabit melainkan pondan tersebut.

Semoga tamparan dan penendangan dari pondan tu memberi kesedaran kepada pencuri tersebut untuk kembali ke pangkal jalan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments