Thursday 26 October 2017

Wanita Dirogol Ketika Mahu Bunuh Diri


WANITA muda ini bercadang mahu membunuh diri selepas berpisah dengan suaminya. Namun malangnya ketika dia dalam perjalanan ke jambatan, untuk terjun, dia telah dirogol.

Wanita yang tidak dinamakan ini berusia 25 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Anak itu ditinggalkan dengan ibunya dan dia keluar pada waktu tengah malam menuju ke jambatan di Omsk di Rusia.

Dia ditemui oleh seorang pemandu ketika sedang duduk di tepi jambatan.

“Saya tidak ingat perkataan yang saya gunakan untuk menyelamatkan dia dan memujuknya supaya jangan terjun.

“Dia telah dirogol dan mahu membunuh diri,” kata pemandu teksi yang dikenali sebagai Yevgeny itu.

Wanita berkenaan kemudiannya dibawa ke balai polis. Lelaki yang merogolnya berjaya ditangkap dan dia pula kini menerima kaunseling. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments