Monday 30 October 2017

Lelaki Durjana Rogol, Bunuh Bayi Usia Setahun


KEJAM….seorang lelaki berjaya ditangkap selepas merogol dan membunuh anak kekasihnya yang baru berusia setahun. Dia ditangkap selepas tiga minggu melarikan diri di Ohio.

Lelaki durjana berusia 37 tahun itu, Joshua Gurto melakukan perbuatan kejam berkenaan ke atas Sereniti Jazzlynn.

Ketika kejadian, dia masih berhubungan dengan ibu bayi itu iaitu Kelsie. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak didakwa atas sebarang tuduhan.

Joshua melarikan diri selepas disoal polis berhubung kematian bayi itu.

Minggu lepas, dia dilihat dalam rakaman CCTV di Pennsylvania selepas menumpang kereta seorang lelaki yang tidak mengetahui bahawa dia diburu oleh polis.

Pada malam dia ditangkap, polis berjaya mengesan Joshua di tempat letak kereta di dalam garaj sebuah rumah.

Hanya selepas polis mengeluarkan senjata, barulah Joshua mendedahkan dirinya.

Dia kini ditahan dan akan didakwa atas tuduhan merogol serta membunuh. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments