Tuesday 24 October 2017

Pencabul Sumbat Sampah Dalam Kemaluan Budak


SABAN hari, kes cabul serta rogol semakin menjadi-jadi dan sebahagian besar mangsa yang menjadi sasaran ialah golongan kanak-kanak serta gadis bawah umur.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan di Sarawak dilaporkan telah dicabul sebelum kemaluannya disumbat dengan sampah oleh pekerja bapanya sendiri.

Segalanya terungkai apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu mengadu rasa sakit di kemaluannya ketika sedang membuang air kecil.

Curiga dengan perkara tersebut, ibu kanak-kanak bertindak membuat laporan polis pada jam 3 pagi, Selasa, 24 Oktober.

Bagaimanapun, tidak diketahui bila insiden itu berlaku atau berapa lama objek asing tersebut telah berada dalam kemaluan kanak-kanak itu.

Mangsa dipercayai telah dicabul oleh lelaki Vietnam yang merupakan pekerja bapanya dalam industri laut dalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, mengatakan bahawa mangsa telah memberitahu bahawa pekerja bapanya telah memasukkan ‘sampah’ ke dalam kemaluannya baru-baru ini.

Selepas laporan diterima, pihak polis telah berjaya menahan lapan orang suspek yang berusia antara 19 hingga 47 tahun di rumah berkenaan selepas dua jam kemudian.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama semua suspek antara 3-5 petang semalam, kerana bapa dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui visa pekerja berkenaan.

“Semua suspek bekerja dalam industri laut dalam yang diusahakan bapa mangsa dan menetap sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa,” kata Aidil di Kuching, hari ini.

Tambahnya lagi, mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pemeriksaan lanjut namun keputusan masih belum lagi diperoleh sehingga kini.

Kanak-kanak malang itu juga tidak dapat mengenal pasti suspek yang telah memasukkan benda asing ke dalam kemaluannya itu.

“Semua suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” tambahnya lagi. – MYNEWHSUB.CC/AA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments