Tuesday 24 October 2017

Pemuda Kongsi Pengalaman Dibantu Shuib Sepahtu


BUKAN sahaja bersikap romantik dan penyayang kepada isteri dan anak-anak, malah pelawak terkenal, Shuib Sepahtu juga seorang yang gemar membantu orang lain dalam kesusahan.

Hal itu didedahkan oleh seorang pemuda bernama Muhammad Fauzi di laman sosial, apabila berkongsikan pengalamannya dibantu Shuib dan beberapa individu lain dalam kemalangan langgar lari yang menimpa dirinya Jumaat lalu.

“Terima kasih sangat-sangat untuk Shuib Sepahtu dan dua, tiga orang yang selamatkan saya dari kemalangan walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib tolong bawa pergi klinik dan sampai dekat rumah.

“Terima kasih sangat-sangat apa yang dah kamu bagi Shuib memang sangat prihatin. Peribadi awak memang terbaiklah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat,” kongsi Fauzi.


Malah Fauzi juga turut terharu apabila Shuib tidak kisah dia menaiki keretanya walaupun pakaiannya sudah kotor akibat kemalangan tersebut.

“Memang terbaik. Peribadi dia memang baik. Saya cakap pakaian saya kotor nak naik kereta dia. Dia cakap tak apa, naik je. Dia memang suka buat baik dengan orang,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murni Shuib biarpun statusnya yang bergelar public figure tidak dijadikan tiket untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap individu yang memerlukan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments