Sunday 29 October 2017

Bangsat! Lelaki Dirakam Onani Belakang Rumah


KLANG – Kelu lidah dibuatnya apabila melihat rakaman video yang sungguh jijik lagi memalukan ini.

Rakaman video yang mula tular di laman sosial ini menunjukkan tindakan seorang lelaki yang selamba melakukan onani tanpa rasa segan silu di sebuah taman perumahan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang di Taman Utama, kelmarin, mangsa, Aziyana Sudin,32 menyedari kejadian itu ketika sedang membasuh pinggan di dapur.

Menurutnya, dia sememangnya sengaja membiarkan tingkap dapur rumahnya terbuka supaya bau masakan keluar melalui tingkap.

Namun ketika sedang membasuh pinggan, terkejut apabila ternampak kelibat lelaki terbabit di belakangnya sambil menutup zip seluar yang disangka mungkin membuang air kecil.

“Tidak lama kemudian, lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu. Namun terkejut apabia melihat dia sedang melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu.

“Saya terus memarahinya, tetapi dia buat tak tahu. Selepas saya berkata saya akan menghubungi polis, barulah dia beredar,” katanya memetik Harian Metro.


Tambah Aziyana, dia baru berpindah ke taman perumahan itu sejak tiga minggu lalu dan sebelum ini pernah melihat lelaki itu di belakang rumahnya tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

Menurutnya, dia turut dikecam netizen kerana memuat naik gambar kejadian itu, namun ia sekadar mahu mengingatkan suri rumah lain serta anak-anak supaya sentiasa berhati-hati.

“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments