Wednesday, 5 April 2017

WOW! Tuah Popular, King Coco Jana RM20,000 Sebulan


‘TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?’ – peribahasa ini mungkin paling sesuai menggambarkan kehidupan Instafamous, King Coco kini.

Apa tidaknya, dalam teruk dikecam dan dikritik rakyat Malaysia, siapa sangka ia membawa tuah buat wanita berusia 20 tahun ini hinggakan mampu menjana pendapatan sebanyak RM20,000. Ha, terkejut bukan?

Semua bermula gara-gara populariti yang dikecapinya selepas video pelat mat sallehnya menjadi tular seterusnya menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.

Sejak itu, apa sahaja yang dilakukan pemilik nama sebenar Marshairah Ismail ini, pasti mendapat perhatian seterusnya membuka 1,001 pintu rezeki buat dirinya.

Bijak mengambil peluang atas populariti yang dikecapi itu, Coco kemudian melakukan paid review menerusi laman Instagram.

Khidmat iklan yang dijalankan secara suka-suka pada awalnya itu ternyata berhasil hinggakan dia mampu meraih pendapatan sebanyak itu.

“Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang.

“Ditambah hobi saya yang suka merakam video. Bermula dengan suka-suka, Alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan.

“Dalam bidang ini, banyak cabaran dari klien. Ada yang kurang sabar dan ada mintarefund apabila hasilnya tak dapat sambutan. Apa pun saya cuba bersikap profesional,” kata Coco kepada Majalah Nona.

Melihat pada angka pendapatan yang diterima Coco, rasanya tidak hairan kalau selepas ini muncul lagi individu sepertinya. Ye dak? Hehe… – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments