Wednesday, 5 April 2017

Dua Beranak Kantoi Curi Jam Tangan


BARANGKALI dua beranak yang kantoi mencuri jam di sebuah pusat beli-belah di Kedah ini tidak menyedari gelagat mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut.

Video rakaman kejadian itu tersebar tular menerusi media sosial memaparkan seorang wanita dan remaja perempuan sedang ‘leka’ dengan aktiviti mereka mencuri beberapa utas jam tangan di sebuah kedai.

Menerusi perkongsian di Facebook, dua beranak itu ke kedai tersebut pada mulanya mahu memotong tali jam tangan milik salah seorang daripada mereka.


Pemerhatian mendapati kejadian tersebut berlaku semalam kira-kira pukul 11.07 pagi dan dapat dilihat beberapa pengunjung berada di premis tersebut.

Mungkin disebabkan pelanggan yang mungkin agak ramai menyebabkan dua beranak ini ‘berani’ untuk mencuri tanpa menyedari perbuatan mereka telah dirakam.

Dalam satu video dapat dilihat dua beranak ini melihat beberapa utas jam tangan sebelum remaja perempuan mengambil jam tersebut dan disorokkan ke dalam seluar atau bajunya.


Begitu juga dengan video lain yang memaparkan remaja perempuan tersebut mengambil jam tangan dengan dilindungi wanita yang bersama-sama dengannya.

Tindakan dua wanita tersebut turut dikritik netizen dan ramai mahukan dua beranak itu ditahan polis sebelum dikenakan tindakan sewajarnya.

Ada juga yang bersimpati dengan nasib dua beranak tersebut dan mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan setelusnya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments