Saturday, 1 April 2017

Pyongyang marah, McCain gelar Jong-un budak gemuk gila!


WASHINGTON: Korea Utara sangat marah apabila Senator Amerika Syarikat John McCain menyifatkan pemimpin tertinggi negara tersebut Kim Jong-un sebagai “budak gemuk gila” dalam wawancara beliau dengan televisyen MSNBC.

Beberapa bulan lalu, Korea Utara turut tersingung dengan China yang melarang pelayar internet mencari subjek bertajuk “Kim Gendut” di alam maya.

Kenyataan provokasi Kim membuat media kerajaan Korea Utara KCNA menyifatkan kata-kata McCain seumpama pengisytiharan perang.

Kementerian Luar Korea Utara melalui jurucakapnya pula mengatakan komen McCain adalah sebuah kata nista yang menyinggung kehormatan dan pemimpin besar negara itu.

Pyongyang menyifatkan McCain sebagai anak anjing yang belum tahu betapa ngerinya seekor harimau.

McCain dalam wawancara dengan wartawan Greta van Susteren dari MSNBC menyebut Jong-un sebagai “budak gemuk gila” yang memimpin Korea Utara.

Mantan calon presiden AS itu juga menyifatkan Jong-un lebih teruk berbanding diktator lain dalam sejarah dunia.

Dengan menuduh Jong-un sebagai tidak rasional McCain berkata dalam temu bual dengan wartawan berkenaan, “Joseph Stalin pun masih mempunyai rasional dalam barbarismenya.”

Apabila Korea Utara membalas McCain dengan ancaman, beliau membalasnya di Twitter, berkata,“adakah mereka mahu saya memanggil Kim Jong-un sebagai budak kurus gila?” – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments