GEORGE TOWN – Polis menahan seorang penunggang motosikal semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini akibat cedera selepas melanggar seorang wanita di Jalan Burma di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kerana menyebabkan wanita itu mati.
“Lelaki itu kini menerima rawatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, Foo Swee Wah, 58, dilanggar ketika sedang melintas di laluan melintas pejalan kaki yang disediakan di kawasan berkenaan.
Wanita itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada 8.45 malam tadi. – BERNAMA
No comments:
Write comments