Caitlin Nelson
Colorado (Amerika Syarikat): Seorang lelaki mati tercekik apabila melahap donut ketika menyertai pertandingan makan kuih itu dalam tempoh 80 saat yang dianjurkan sebuah kedai di Denver, Colorado pada Ahad lalu.
Ia adalah kematiannya yang kedua dalam pertandingan makan pada hari yang sama apabila seorang pelajar wanita berusia 20 tahun turut mati ketika pertandingan makan penkek di Connecticut.
Dalam kejadian pertama, Travis Malouff, 42, mati kerana asfiksia akibat halangan pada saluran udara ketika menyertai pertandingan makan ‘donut sebesar kek kecil,’ kata saksi Julia Edelstein.
Menurutnya, Malouff dengan lahap mula makan satu donut sebelum minum sedikit air dan tiba-tiba meringkuk.
Mukanya mula biru dan sebahagian donut masih di dalam mulutnya ketika dia pengsan.
Pelanggan lain cuba membantunya sementara menanti kedatangan paramedik, tetapi Malouff tidak dapat diselamatkan.
Beberapa jam sebelum itu, Caitlin Nelson, 20, dilaporkan meninggal dunia ketika makan penkek dalam pertandingan di Universiti Sacred Heart, Hartford, Connecticut.
Bagaimanapun, kematiannya dikaitkan dengan kemungkinan alahan pada bahan di dalam penkek dimakannya. – AP/HMetro
No comments:
Write comments