KERETA diparkir di tepi dan tengah jalan bukanlah satu situasi baharu berlaku di kebanyakan tempat yang sibuk di negara ini.
Hal ini banyak dilakukan oleh pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri demi kesenangan mereka agar tidak perlu berjalan jauh tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Baru-baru ini di sebuah laman Facebook Langkawi Sana-Sini, admin mereka telah berkongsikan beberapa gambar menunjukkan sebuah kereta berwarna putih yang selamba menghalang laluan utama di pusat peranginan terkenal negara itu.
Rupa-rupanya tuan punya kenderaan model Honda CRV itu difahamkan adalah milik pelakon Iqram Dinzly.
Menyedari keretanya telah diviralkan di laman tersebut, Iqram kemudian memuat naik sekeping gambar beserta nota yang ditinggalkan, ‘memaki’ tindakan Iqram menghalang jalan.
Iqram menulis kapsyen, “Bersyukor otak kecik namun jiwa besar iaitu sabar. Berbanding hati tersasar, niat beredar. Maaf sekiranya terkasar. #langkawiman Secara jujornya saya ingin ber terima kaseh kepada sang penulis yang kreatif ini dengan meletakkannya selepas menyentuh hak peribadi orang lain tanpa izin dan seterusnya memberikan inspirasi kpd saya. Keep it up a good work!”
Namun begitu kebanyakan netizen dan juga peminat aktor itu sendiri tidak bersetuju dengan perlakuan Iqram yang seolah-olah tidak boleh ditegur sedangkan dia yang melakukan kesalahan dalam kes ini.
Netizen Kupu-kupu75 meninggalkan komen, “Dah tau salah sendiri parking merata menyusahkan orang lagi mau salahkan orang lain. Bodoh piang.”
“Dah buat salah boleh lagi nak perli orang lain? Ini la yang membezakan mentaliti seseorang,” tulis Harizshafie86.
Ibnuharith turut sependapat dengan komen-komen di atas ini, malah dia turut meninggalkan komentar buat aktor berusia 36 tahun itu, “Kau parking ikut suka hati, ingat artis je boleh buat suka hati, kicap punya orang. Orang tegur lepas tu nak bidas balik. Allah bagi otak sekali dengan akal, jadi buat kerja pakai akal, kalau tak boleh senangkan orang, jangan susahkan orang. SIMPLE.” – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments