Tuesday, 4 April 2017

Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri


Seorang pemuda mengambil keputusan ‘cetek akal’ apabila cuba mencabut nyawanya sendiri hanya kerana ditinggalkan kekasih.

Lelaki berusia 23 tahun itu menelan pelbagai jenis ubat sebelum menoreh pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau akibat putus cinta.

Kejadian dikatakan berlaku di rumahnya di tingkat 10, Kondominium Warisan City View, di sini, jam 2 pagi semalam.

Sumber berkata, rakan mangsa membuat panggilan kecemasan dan mendakwa mangsa cuba membunuh diri selepas menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati rumah mangsa berkunci.

“Anggota polis berusaha membuka pintu jeriji besi dan pintu rumah mangsa sebelum menemui mangsa di dalam biliknya,” katanya.

Dia berkata, mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk rawatan lanjut.

“Doktor mengesahkan mangsa dalam keadaan stabil tetapi masih lemah. Luka di pergelangan tangan kiri mangsa juga dirawat.

“Mangsa dipercayai mengambil pelbagai jenis ubat sebelum mengelar dirinya, namun ubat diambil tidak mendatangkan kematian. Pihak hospital memberi rawatan bagi mengeluarkan semua ubat-ubatan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.27 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi.

“Anggota bomba membantu mengangkat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak hospital,” katanya. - PressReader

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments