Wednesday 19 April 2017

Foto Intim: DAP Kaji Balik Jadi Calon PRU-14?


PROSES pencalonan dua ahli DAP Melayu berprofil tinggi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menjadi tanda tanya selepas satu siri gambar-gambar intim mereka tular meluas.

Lelaki dalam gambar itu mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa dirinya dalam gambar berkenaan.

“Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi. Ia adalah palsu,” kata Zairil kepada sebuah portal propembangkang tempatan melalui mesej pesanan teks.

Wanita dalam gambar itu yang mirip Dyana Sofya Mohd. Daud, masih belum mengesahkan atau menafikan jika sesungguhnya beliau adalah individu yang dirakamkan tersebut, menurut portal tersebut lagi.

Siri gambar itu – memaparkan pasangan tersebut di sebuah restoran, menggambarkan mereka berdua sedang bercumbu – menjadi tular dalam kalangan kumpulan sembang WhatsApp dan laman web pro-BN semalam.

Beberapa akhbar arus perdana turut menerbitkan semula gambar-gambar berkenaan dalam keluaran hari ini. Ia bukan kali pertama, gambar-gambar yang didakwa memaparkan pasangan itu timbul.

Ketika ini, terdapat ‘cakap-cakap’ dalam kalangan pemimpin DAP bahawa apa yang berlaku menyebabkan kesipuan kepada parti itu dan mungkin menjejaskan pencalonan pasangan muda itu pada PRU ke-14 akan datang.


Pada masa ini, kepimpinan DAP Pulau Pinang dan Perak memberi bayangan bahawa pencalonan mereka, sehingga hari ini belum ada kepastian dan mungkin akan disentuh dalam perbincangan lebih terperinci nanti.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi sebuah portal berita berkata, beliau akan mengarahkan Zairil untuk “memberi penjelasan” tidak lama lagi dan menasihatkannya berdepan dengan media.

Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan jika isu gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula Zairil sebagai wakil rakyat, beliau berkata perbincangan akan diadakan “jika perlu”.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pencalonan Dyana Sofya untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat.

“Saya serah kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah ulang kali menafikan tetapi foto keluar berterusan, jadi adalah lebih baik media dapat jawapan dari mulut mereka sendiri,” katanya kepada sebuah portal.

“Dyana aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program rakyat bersama ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu. Beliau amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan,” kata Kor Ming.

Dyana Sofya, yang juga pembantu otai DAP, Lim Kit Siang, pernah tewas kepada calon BN iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada tahun 2014 lalu.

Beliau semalam, dalam satu kenyataan, tidak pula mengesahkan atau menafikan bahawa dirinya adalah wanita seperti dalam gambar tersebut sebaliknya menyifatkan isu tersebut sebagai cubaan pihak tertentu.

“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan, saya anggap PRU dah nak dekat. Tak kira siapa dalam gambar yang didakwa adalah saya, ini pencerobohan privasi dalam hidup orang tersebut.

“Saya sedih budaya politik kita telah sampai ke tahap ini,” kata Dyana. Persoalan cepumas, jika betul bukan beliau, kenapa meleret kepada isu lain pula. Cakap sahajalah berterus terang! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments