LEE Sujin, telah berkhidmat selama 16 tahun sebagai doktor gigi dan di sebalik usianya yang sudah mencecah 48 tahun, Sujin kelihatan muda seperti berumur 25 tahun.
Keadaan itu menjadikan Sujin sebagai trending di media sosial di Korea Selatan hinggakan dia dijemput untuk muncul dalam rancangan Same Bed, Different Dream.
Sujin sendiri seorang yang aktif dalam media sosial terutama selepas anak perempuannya memasuki sekolah menengah.
Menurut anaknya, Sujin `ketagih’ dengan swafoto menerusi Instagram.
Walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun, Sujin juga gemar ke gim. – Mynewshub.cc
No comments:
Write comments