Thursday 5 October 2017

Alat Sulit Pelari ‘Terjojol’ Keluar Semasa Marathon


IA merupakan insiden yang memalukan dan pasti akan dikenang oleh Jozef Urban, 31, seumur hidupnya.

Ini kerana, ketika dia sedang berlari dalam pertandingan Kosice Peace Marathon dan menghampiri garisan penamat, alat sulitnya telah terkeluar melalui seluar pendek yang dipakainya.

Sama ada dia tidak menyedari atau sengaja tidak ambil kisah, namun insiden memalukan itu telah dirakamkan dalam marathon yang diadakan di Bratislava itu.

Video itu telah dimuatnaik dalam Youtube dan mengundang lebih 400,000 tontonan.

Jozef bagaimanapun hanya mendapat tempat ke-10 dengan masa 2 jam, 21 minit dan 51 saat.

Kosice Peace Marathon ini merupakan pertandingan tertua di Eropah dan dianjurkan sejak 1924. Hanya pada 1980, barulah ia dibuka kepada wanita.

Dengan populasi penduduk sebanyak 250,000 orang, Kosice merupakan bandar kedua terbesar di Slovakia. - Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments