Wednesday, 5 April 2017

Siti Kasim nafi murtad, tuding mufti memfitnahnya


KUALA LUMPUR: “Saya tidak murtad. Dia perlu dengar temu bual asal saya. Jangan terkeliru dengan versi potong dan tampal yang berunsur fitnah…” kata peguam dan aktivis Siti Kasim menjawab komen mufti yang dibuat pada sidang media di Ipoh sebelum ini.

Siti berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti memfitnahnya dan oleh itu boleh dihukum 80 sebatan, menurut al-Quran.

Dalam postingnya di Facebook pada Selasa, Siti berkata Harussani tidak sepatutnya bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.

Beliau turut berkata bahawa, ia merupakan fitnah dengan menuduh wanita secara salah dan boleh dihukum 80 kali sebat.

Bahkan, beliau merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkaitan perlunya membawa empat saksi dengan syariah tidak menerima video sebagai bahan bukti.

Sebelum ini Bernama melaporkan Harussani berkata Siti tidak sepatutnya menyentuh perkara “tauhid” kerana itu bukan bidangnya.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan Harussani berkata, perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad.

“Orang murtad terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam,” kata Harussani.

“Saya menasihatkan untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah,” ujar Harusssani.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dikatakan sedia memanggil Siti untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan Tuhan. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments