NGERI…seorang pesakit mental telah bertindak ganas dengan menikam tiga pesakit lain dengan menggunakan chopstick, selepas dia berjaya membuka ikatan tangannya.
Lelaki itu, dikenali sebagai Yang sedang menerima rawatan di hospital mental di Henan, China.
Kejadian itu berlaku pada 24 Februari namun baru sekarang ia didedahkan.
Yang dikategorikan sebagai kritikal dan boleh membahayakan diri serta orang lain. Disebabkan keadaan itu, anggota keluarga telah diminta menemaninya di hospital.
Namun pada malam kejadian, adiknya telah keluar ke kedai serbaneka berhampiran untuk membeli susu.
Kesempatan itu digunakan Yang untuk membuka ikatan dan kemudiannya mencapai chopstick di atas meja lalu menikam empat pesakit lain.
Tiga daripada mereka meninggal dunia sementara seorang lagi mengalami kecederaan di kepala dan mata kiri.
Kejadian itu hanya disedari selepas pesakit lain terjaga ketika Yang menikam mangsanya.
Menurut media tempatan, hospital tersebut bersedia membayar pampasan sebanyak RM51,400 kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia dengan syarat perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Sementara dua lagi keluarga mangsa menuntut bayaran sebanyak RM700,000.
Sejak kejadian itu Yang telah dipindahkan ke wad lain. Polis kini sedang menjalankan siasatan. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments