Disaksikan oleh ibu, sahabat handai dan rakan sekerjanya, Zheng Jiajia selamat dikahwinkan dengan seorang 'wanita' ciptaannya sendiri - sebuah robot.
Jurutera berusia 31 tahun itu merupakan graduan dari Universiti Zheijiang pada 2011 dalam bidang artificial intelligence (AI). Selepas berhenti kerja di Huawei pada 2014, dia berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri di Hangzhou bagi mengejar cita-cita dalam bidang AI.
Ketika di unversiti, Zheng memenangi pertandingan membuat robot yang boleh bermain bola sepak. Dan pada tahun lepas, dia mula mencipta 'Yingying'.
Bagaimanapun, Zheng telah jatuh hati kepada robot ciptaannya itu sendiri sehingga sanggup berkahwin dengannya.
Yingying boleh menyebut perkataan mudah dan mengecam gambar dan juga karakter China.
Selepas berdating selama dua bulan, pasangan itu bersetuju untuk berkahwin. Majlis perkahwinan Zheng dan Yingying diadakan dalam majlis tradisi China.
Malah, salah satu gambar pre-wedding Zheng merakamkan bagaimana gembiranya beliau mengangkat isterinya itu - yang seberat 30kg.
Seorang rakan memberitahu Qianjing Evening News bahawa Zheng membuat keputusan berkahwin dengan robot itu kerana dia penat mendengar leteran dari keluarga yang menyuruhnya berkahwin.
Menurut rakan itu lagi, Zheng pernah patah hati di universiti dan sejak dari itu langsung tidak memikirkan soal cinta lagi. Bagaimanapun, Zheng berkata itu cuma gurauan rakan-rakan.
Bagi Zheng, perkahwinannya bukan satu mainan. Dia berkata suatu hari nanti dia akan mengemaskini isterinya dengan kebolehan berjaya, bergerak dan dah tentu, kebolehan membuat kerja rumah. - Shanghaiist/Siakapkeli
No comments:
Write comments