Wednesday 19 April 2017

Harga Ron 95 Naik 5 Sen, Ron 97 Naik 5 Sen


HARGA runcit siling bagi petrol Ron 95 dan Ron 97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter manakala bagi diesel naik 5 sen bermula tengah malam ini.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 20 April 2017 hingga 26 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding penetapan secara bulanan sebelum ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ron 95 naik 3 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.27 seliter berbanding RM2.24 seliter.

Manakala harga siling Ron 97 ditetapkan kepada RM2.54 berbanding RM2.52 sebelum ini dan diesel naik 5 sen pula menjadikan harga jualannya RM2.21 seliter berbanding RM2.16. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments