Wednesday 19 April 2017

Dikecam Buat Iklan Lucah, Ini Penjelasan Nizam…


SUSULAN iklan produk pembesaran payudara yang lucah dilakonkannya, instafamous Nizam Rahman telah mendapat pelbagai kecaman dan kritikan netizen yang tidak bersetuju dengan elemen seksual yang dimainkan dalam iklan tersebut.

Malah penggunaan perkataan te*** juga kerap kali digunakan dalam video itu yang mana mungkin kedengaran menjengkelkan buat para penonton.

‘Berang’ dengan kutukan yang diterima, Nizam hari ini menerusi video FB Live menjelaskan segala-galanya mengenai kecaman yang diterimanya.

“Seperti mana video yang tengah viral, aku peliklah kenapa yang kecam, komen, yang pakai tudung labuh, yang acah-acah ustazah/ustaz komen, orang macam itu sebenarnya pu**mak. Kalau aku cakap memang kau marah. Yang tudung-tudung labuh itu yang nak komen ala-ala ustazah, bu**h. Kau jangan nak feeling kau ustazah, tak payah feeling kau masuk syurga.

“Betul geram, bukan nak cakap apa. Kalau korang jadi Nizam, Nizam tak kisah kalau korang nak komen cara baik. Masalahnya yang komen atau PM Nizam, ‘wei bapok! kau ubah-ubahlah jadi lelaki’. Ya Allah, sampai Nizam hilang respect dah pada orang tudung-tudung labuh ini. Orang yang macam itu yang banyak kutuk Nizam.

“Bila aku buat video B-Confident itu, hmm kutuk bukan main. ‘Apalah video memalukan wanita’, kau cakap aku memalukan wanita? Nasib baik aku yang buat, kalau perempuan yang buat, kau rasa apa jadi?

“Nasib baik aku letak tetek. Kau pergilah komen dekat wanita-wanita yang seksi apa, buat-buat tetek, kau pergilah kutuk. Tak masuk pun iklan, tak masuk pun siakap keli, tak masuk pun media. Kenapa aku yang lelaki pun buat macam itu korang rasa tergugat? Sebab korang tak ada tetek, kan? Buat itu salah, buat ini salah. Aku dah mengamuk ni.

“Kalau kau alim, kau pergi solat dan doakan Nizam. Bukan kau nak kutuk aku, ‘hei, ubahlah. tuhan laknat kau menyerupai wanita’. Kau tau tak, kau cakap-cakap laknat, k,” luahnya dalam video yang ditonton hampir 20,000 netizen yang melayari laman Facebooknya.

Nizam merupakan instafamous yang terkenal dengan video dubsmash; meniru gaya pengacara 999 Hazlin Husain.

Dari situ, Nizam membina nama sehinggakan kini berjaya mengumpul sebanyak 100,000 pengikut di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments