Monday 9 October 2017

Car Wash ‘Belanja’ Awek Seksi, Teruk Dikecam Netizen


MENJADI usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula, dunia perniagaan sekarang semakin kompetitif memerlukan usahawan untuk sentiasa ubah strategi perniagaan.

Begitulah kelazimannya, jika berkunjung ke premis cuci kereta, apa yang dapat dilihat kita akan dilayan oleh pekerja lelaki yang mungkin terdiri daripada warga asing dari Indonesia atau Bangladesh.

Namun, berbeza pula dengan premis car wash ini di mana ia beroperasi dengan menawarkan lebih daripada ‘pekerja’ biasa sehingga menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan netizen tempatan.

Ia malah tular menerusi media sosial apabila video yang memaparkan mengenai operasi premis cuci kereta mewah cuba ‘memancing’ pelanggan dengan cara menawarkan gadis seksi itu mula tersebar luas.

Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit tersebut, terdapat beberapa orang gadis yang hanya memakai short pants dan singlet berwarna putih sedang asyik mencuci kenderaan pelanggan sambil menari ‘ghairah’.


Manakala, pelanggan dan orang awam di sekeliling premis berkenaan pula dilihat hanya mampu ‘mencuci mata’ dengan melihat panorama yang agak ‘istimewa’ itu tanpa caj tambahan.

Premis itu dipercayai terletak di Malaysia kerana terdapat satu papan tanda sebuah bank tempatan berdekatan dengan kawasan berkenaan. Namun, kedudukan lokasi sebenar masih belum dapat dipastikan.

Video yang tular itu, secara tidak langsung telah mengundang kecaman teruk daripada netizen.

Rata-rata mereka beranggapan strategi pemasaran seperti itu tidak sesuai kerana bertentangan dengan budaya Timur dan agak kurang sopan dibuat di Malaysia.



Meskipun dikutuk teruk, video tersebut sehingga kini bahkan dilihat telah berjaya mendapat lebih daripada 17,000 tontonan daripada netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments