Thursday 5 October 2017

Bunuh, Rogol Janda Angkara Cemburu Buta


ANGKARA api cemburu meluap-luap, seorang pemuda sanggup bertindak kejam membunuh kekasih sendiri yang juga merupakan seorang janda muda berusia 24 tahun.

Bukan setakat itu, malah suspek juga dikatakan menyimpan dan tergamak melakukan nekrofilia dengan merogol mayat janda tersebut selama dua hari berturut-turut!

Kejadian berlaku di Surabaya itu bermula apabila suspek dipercayai memendam perasaan cemburu selepas mengetahui berita kecurangan mangsa.

Suspek dilaporkan telah mengakui kesahihan punca berlakunya pembunuhan tersebut.

Jelas suspek lagi, dia mencekik wanita berkenaan terlebih dahulu sebelum bertindak menyeret mayatnya ke dalam sebuah gudang yang berhampiran dengan rumah mangsa.

Selepas mangsa telah meninggal dunia, suspek bertindak seperti ‘binatang’ dengan merogol mangsa sebanyak dua kali.

Pada keesokan harinya, suspek datang semula ke lokasi kejadian untuk mengulangi perbuatan yang sama.

Bagaimanapun, pada hari ketiga perbuatan terkutuk suspek akhirnya dihidu apabila pemilik gudang berkenaan menemui mayat mangsa selepas tercium bau busuk seperti bangkai mereput.

Susulan itu, pemilik gudang tersebut segera melaporkan penemuan mayat tersebut kepada pihak berkuasa untuk proses pengecaman.

Hanya kerana cembura buta dan dendam yang mendalam, tergamak seorang lelaki memperlakukan sebegitu kepada seorang wanita! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments