Monday, 10 April 2017

Video: Nyaris Maut… Lelaki Tertusuk Roket Di Punggung


SEORANG lelaki di Yaman telah menjadi perhatian ramai apabila tiba di sebuah hospital dengan keadaan roket yang masih lagi tertusuk pada bahagian punggung.

Menurut laporan Mirror Online, lelaki yang dipercayai menjadi mangsa perang itu amat bernasib baik kerana roket berkenaan tidak meletup dalam kejadian dirakamkan sekitar Februari lalu itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan telah dirakamkan menerusi video berdurasi selama 48 saat sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial, Live Leak.

Menerusi rakaman, lelaki itu dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil sementara pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.

Pembedahan yang dijalankan itu dianggap sukar kerana roket terbabit tidak boleh dikeluarkan de­ngan mudah dan sebahagian daging paha mangsa terpaksa dipotong bagi mengeluarkan roket ber­kenaan.

Roket itu kemudian dibawa keluar dari bilik bedah itu sebaik sahaja pembedahan selesai.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dikatakan ber­ada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.

Bagaimanapun, mangsa mungkin terpaksa menjalani satu lagi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket ber­kenaan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments