Tuesday 11 April 2017

Chae Won Fail Tindakan Sivil Lelaki Mengaku Kekasihnya


BINTANG Korea Selatan, Moon Chae Won mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kenyataan palsu seorang lelaki yang mendakwa dirinya konon sebagai kekasihnya baru-baru ini.

Menurut lelaki yang hanya dikenali sebagai Typhoon itu, dia dan Chae Won sudah menjalin hubungan selama dua tahun dan mereka kononnya sedang bahagia antara satu sama satu.

Typhoon yang mengaku dirinya seorang arkitek itu turut menulis mengenai kisah ‘percintaan’ mereka menerusi blog peribadinya pada Rabu lalu.

Aktres The Innocent Man itu menafikan dakwaan lelaki tersebut dan mengambil keputusan untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan penjelasan yang tepat.

Agensi yang menguruskan kerjaya Chae Won, Namoo Actors menganggap lelaki tersebut merupakan seorang yang mahukan publisiti murahan kerana sebelum ini pernah mengaku dirinya sebagai Presiden ke-19. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments