Tuesday 28 November 2017

Wanita Potong Alat Sulit Kekasih Guna Gunting Kebun


GANAS…wanita berusia 26 tahun ini Brenda Barattini merupakan seorang arkitek namun dia telah ditangkap kerana memotong alat sulit kekasihnya dengan gunting yang digunakan di kebun.

Brenda yang berasal dari Argentina, menyerang lelaki itu yang berusia 40 tahun ketika mangsa sedang tidur di rumahnya di bandar Cordoba.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan yang banyak namun keadaannya kini stabil.



Motif kenapa Brenda melakukan perbuatan itu tidak diketahui dan masih disiasat namun wanita berkenaan telah mengaku kepada polis bahawa dia yang memotong alat sulit kekasihnya.

Polis percaya dia bermalam di rumah lelaki itu sebelum melakukan serangan terbabit.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada paramedik berjaya menemui alat sulit yang terpotong itu atau tidak. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments