Friday 24 November 2017

Buka Baju Tak Puas Hati Dengan Pembedahan


SEORANG wanita telah melondehkan baju dan seluar yang dipakainya di lobi hospital kerana tidak berpuas hati dengan pembedahan plastik yang dijalankan di hospital berkenaan.

Dia dikatakan berang kerana hasil pembedahan itu tidak seperti yang dijangkakan dan telah beberapa kali mengunjungi hospital terbabit di Nanjing, China.

Wanita itu hanya hanya memakai pakaian dalam sahaja kemudiannya memarahi pekerja hospital dan pengawal keselamatan.



Seorang saksi, Xue yang menunggu doktor untuk rawatan memberitahu orang ramai cuba memujuk wanita itu agar memakai semula bajunya disebabkan cuaca sejuk namun dia enggan.

“Dia menjerit dan merungut kerana pembedahan itu tidak berjalan lancar,” kata Xue.

Polis hanya tiba di hospital selepas menerima laporan. Wanita itu ditahan untuk soal siasat manakala pihak hospital pula cuba mencari penyelesaian dengan wanita terbabit. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments