Monday 27 November 2017

Jumpa 263 Syiling Dan Paku Dalam Perut


MENGEJUTKAN. Pakar bedah yang merawat seorang lelaki terkejut apabila menemui 263 syiling dan 100 paku dalam perut seorang lelaki yang mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen sejak tiga bulan lalu.

Lelaki itu, Maksud Khan, 35, dimasukkan ke hospital di India dan selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menemui syiling, paku, pisau cukur serta 7kg objek asing lain dalam badannya.

Susulan itu doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan segera. Maksud dipercayai mengalami masalah mental dan dia tidak memaklumkan kepada rakan serta keluarganya mengenai tabiat pemakanan yang pelik ini.


“Pesakit ini mengadu sakit perut jadi kita melakukan endoscopy. Kami terkejut menemui objek asing ini,” kata doktor yang merawatnya, Dr. Priyank Sharma.

Maksud yang bekerja sebagai penarik beca akan menelan syiling yang diberikan oleh pelanggannya.

Selain itu dia juga dikatakan akan menelan syiling dengan air sekiranya mengalami tekanan.

Dia kini sudah keluar dari zon bahaya dan berjanji untuk tidak menelan objek asing itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments